Outlet Lilit di IOI City Mall terima saman pemula
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pengguna media sosial memuat naik satu notis yang terpampang di depan kedai fesyen terkenal di IOI City Mall menarik perhatian ramai.
Melalui hantaran di Facebook, Izzudin Yussof berkongsikan dua halaman notis Writ Distress (writ saman) yang difailkan oleh Tetuan Joseph Ting & Co kepada penyewa premis LG-8 di lantai LG, pusat beli belah berkenaan.
“Ini notis yang jumpa tadi di depan kedai Lilit, IOI City Mall. Lilit ni brand Vivy Yusof yang dibuat untuk cater M40 punya market segment (rasanya la). Banyak ilmu yang dapat hanya daripada satu notis ini,” tulis beliau.
Writ saman itu mengarahkan semua harta alih dengan nilai RM67,872 di dalam premis berkenaan tidak dikeluarkan yang merupakan tunggakan sewa selama dua bulan yang dikenakan oleh IOI City Mall kepada penyewa.
Dalam perkongsian itu, Izzudin turut menghuraikan beberapa maklumat termasuk cabaran perniagaan terutama dalam aspek kewangan dan undang-undang.
“Sewa ground floor IOI City Mall adalah lebih kurang RM33,000 sebulan. Hanya dua bulan tak bayar, IOI City Mall dah dapatkan perintah mahkamah untuk writ distress.
“Rupanya kalau ada tuan premis yang ada masalah dapatkan penyewa bayar bayaran sewa, mereka boleh dapatkan perintah mahkamah untuk writ distress di bawah Akta Distres 1951.
“Dan nampak gaya ,baru dua bulan tak bayar dah dapat perintah, maksudnya laju juga proses ini boleh lulus,” jelas Izzudin lagi.
Dakwa beliau, jika seseorang itu di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak kiralah bersalah atau tidak, semuanya akan berakhir.
“Game over. Personal financial akan lingkup. Business akan lingkup. Sebab segala-galanya beku sekali gus jadikan SPRM ada kuasa yang terlalu menakutkan.
“Sebab bila dah bertahun-tahun uruskan business, benda as simple as pemindahan wang tanpa kelulusan BOD (ahli lembaga) pun di bawah bidang kuasa SPRM.
“Seriously rasa fund (dana) bawah badan kerajaan ni jangan mimpi dah la nak dapat bangunkan unicorn. Takde siapa dah kot berani nak ambil duit korang.
“Dah la tu je. Nanti lebih-lebih sangat orang cakap aku backup Vivy. Hahaha,” katanya.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 322 reaksi, 35 komen dan 42 perkongsian.
“Lebih kurang orang nak dapatkan fund untuk start-up sebab orang lebih berhati-hati, bukan bagus ke? Survival to the fittest. Only the best quality and worthy will remain,” komen Muhammad Izzad Izhar.
Disember lalu, pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar didakwa SPRM atas pertuduhan pecah amanah.
Ia susulan pendedahan Kementerian Kewangan bahawa Khazanah dan PNB hanya memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







