Operasi Lapangan Terbang Charleroi digantung sementara berikutan ancaman bom
BRUSSELS – Operasi Lapangan Terbang Charleroi digantung sementara berikutan ancaman bom palsu dalam penerbangan Ryanair dari Portugal.
Media tempatan melaporkan, insiden itu tercetus sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) apabila sebuah pesawat Ryanair dari Faro, Portugal mendarat di Charleroi.
Polis segera menetapkan perimeter keselamatan dan mengawal pesawat terbabit, menyebabkan operasi ditangguhkan.
Bagaimanapun, selepas periksaan rapi, trafik udara disambung semula pada pukul 1.45 tengah hari.
Pejabat pendakwa raya Charleroi memaklumkan, Polis Antarabangsa (INTERPOL) mengesahkan ancaman tersebut adalah palsu.
Suspek dikenal pasti dan ditahan di England, manakala individu yang ditahan dalam pesawat telah dibebaskan.
Charleroi, yang terletak di selatan Brussels, merupakan hab utama Ryanair di Eropah.
Sementara itu, syarikat penerbangan tambang rendah itu mengesahkan pesawat penerbangan FR6313 mendarat dengan selamat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








