Olimpik Paris 2024: Air mata Azizulhasni gugur di KLIA
SEPANG – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menzahirkan rasa sedih selepas gagal menghadirkan pingat buat negara dalam temasya Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.
Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu berkata, beliau boleh menerima hakikat sekiranya kalah ketika berjuang di atas trek, namun pada perlumbaan baru-baru ini, beliau berkata, dirinya tidak dapat berbuat apa-apa.
“Biasanya dalam perlumbaan, bila saya kalah tapi dapat ekspresikan kayuhan, itu saya boleh terima. Tapi ini saya saya tak dapat buat apa-apa.
“Saya memang tak tahulah perasaan tu nak cakap macam mana. Kalau kita sebagai atlet makan, tidur, hidup memang untuk sukan, buat untuk negara.
“Saya sendiri pun, saya letakkan keluarga nombor dua, apa-apa, memang sukan dulu. Cuti pun saya masih training. Saya fikir ini untuk Olimpik,” katanya sambil sebak ketika menceritakan semula insiden tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Hadir sama, rakan sepasukannya,Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Terdahulu, penyertaan The Pocket Rocketman dalam acara Kierin dibatalkan susulan pintasan yang dilakukan Azizulhasni terhadap derny atau motosikal sebelum ia keluar daripada gelanggang perlumbaan.
Azizul sebelum ini dilaporkan berkata, beliau berdepan dengan himpitan agresif daripada pelumba Perancis semasa perlumbaan.
Jelas beliau, halangan yang dilakukan terhadapnya itu dibuat secara sengaja sehingga berlaku berlanggaran dan hampir menyebabkan beliau terjatuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








