SUKAN

Olimpik Paris 2024: Azizulhasni zahir penghargaan kepada PM

MELBOURNE – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan yang diberikan menjelang Kejohanan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi.

Perkara tersebut dikongsikan Azizulhasni menerusi satu hantaran di Facebooknya selepas dijemput untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Diaspora Malaysia Bersama PMX di sini malam tadi.

“Buat pertama kalinya saya dan isteri diberikan kesempatan untuk duduk semeja bersebelah kepada kedua-dua pemimpin besar negara Malaysia dan ini adalah satu penghargaan serta juga pengalaman yang amat manis buat kami berdua.

“Banyak perkara yang dikongsikan bersama antara saya dan isteri bersama PMX dan Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

“Paling penting adalah PMX dan Kak Wan menyatakan sokongan padu dan doa mereka buat saya untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi,” katanya.

Pemenang pingat perak dan gangsa olimpik itu juga berasa amat terharu apabila ramai yang datang bertemu untuk bergambar dan memberikan kata-kata semangat berbaki lima bulan lagi sebelum beliau ke Paris.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button