SUKAN

Azizulhasni tewaskan pelumba Israel, raih gangsa acara pecut di Perth

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menamatkan kempen di Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Perth, Australia dengan meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu, hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Speed Dome, pelumba berusia 38 tahun yang dikenali dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu menewaskan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pingat gangsa tersebut merupakan pencapaian kedua Azizulhasni pada kejohanan berkenaan selepas meraih pingat emas dalam acara keirin semalam.

Terdahulu, hasrat Azizulhasni untuk melangkah ke pentas final acara pecut individu tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada pelumba Britain, Matthew Richardson dalam aksi separuh akhir.

Richardson kemudiannya muncul juara acara tersebut selepas menewaskan pelumba tuan rumah Australia, Leigh Hoffman 2-0 dalam perlumbaan akhir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button