BERITA SEMASA

Netizen kecam tindakan bapa guna istilah tidak wajar terhadap anak perempuan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang bapa yang memuat naik hantaran di media sosial dengan menggunakan gelaran ‘mini wife‘ terhadap anak perempuannya mengundang rasa kurang senang netizen.

Menurut aktivis pendidikan, Cikgu Mohd Fadli Salleh, penggunaan istilah seperti escort girl, girlfriend dan mini wife, selain menggambarkan bentuk fizikal anak sebagai ‘bibir mungil’ dan ‘seksi’ adalah sangat tidak sesuai serta boleh dianggap menjurus kepada kecenderungan pedofilia.

“Seram membaca kapsyen yang ditulis ayah itu. Lebih menakutkan, ada pula netizen yang menyokong,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Cikgu Mohd Fadli berpendapat meskipun tujuan bapa berkenaan mungkin sekadar untuk menghasilkan kandungan promosi bagi jualan produk, pemilihan kata-kata sebegitu tidak boleh dinormalisasikan, lebih-lebih lagi terhadap anak kandung sendiri.

Pleaselah bang. Istilah dan perkataan tu orang tak guna untuk anak kandung sendiri.

“Tolong jangan normalisasikan perkataan grooming macam ni. Ia tak normal dan tidak sepatutnya diucap oleh seorang ayah,” tegasnya.

Hantaran itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet yang rata-rata bersetuju bahawa ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam berkongsi konten melibatkan anak-anak di media sosial, khususnya dari segi bahasa dan gambaran yang boleh memberi implikasi negatif.

This is not ok. This is ‘grooming’. Gelaran-gelaran tu bukan sweet walau dia akan deny bendanya just cakap-cakap atau for content,” komen Fadhilah Zahiyah.

“Sebab tu pentingnya ilmu. Tapi bila suka sangat guna Bad Marketing, kebiasaannya melampaui batas agama. Saya selaku seorang bapa sangat-sangat malu dengan cara beliau,” tulis Reez Rizal pula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button