LUAR NEGARA

Kerajaan Nepal tarik balik larangan terhadap media sosial

KATHMANDU – Kerajaan Nepal hari ini menarik balik larangan media sosial susulan protes yang mengakibatkan 19 orang terkorban, semalam.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat yang juga Jurucakap Kabinet, Prithvi Subba Gurung berkata, larangan itu dimahsuhkan serta-merta.

BACA JUGA:
Kerajaan Nepal haramkan aplikasi Telegram
Perintah berkurung di Kathmandu, bendung protes jalanan
19 maut dalam protes larangan media sosial di Nepal

“Kami telah menarik balik sekatan media sosial. Ia kini berfungsi semula,” katanya kepada Reuters, hari ini.

Keputusan menarik balik larangan itu susulan demonstrasi besar-besaran oleh kumpulan dinamakan ‘Generation Z’.

Menurut pihak berkuasa, 19 orang terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera dalam insiden protes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button