Perintah berkurung di Kathmandu, bendung protes jalanan
Penunjuk perasaan bantah rasuah, tindakan kerajaan sekat media sosial
KATHMANDU – Pihak berkuasa mengeluarkan arahan perintah berkurung susulan selepas penunjuk perasaan menyerbu Parlimen bagi membantah rasuah serta keputusan kerajaan menutup media sosial.
Penunjuk perasaan ‘Generasi Z’ dilapor merempuh penghadang polis dan memanjat pagar parlimen menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa bertindak balas dengan gas pemedih mata serta meriam air untuk menyuraikan kumpulan itu, lapor Anadolu.
Keadaan itu memaksa pejabat pentadbiran daerah Kathmandu mengenakan perintah berkurung sehingga jam 10 malam waktu tempatan di kawasan utama sekitar bangunan Parlimen selepas keadaan semakin tegang.
Penunjuk perasaan juga mengadakan demonstrasi di beberapa bandar lain termasuk Pokhara, Butwal dan Biratnagar bagi membantah dakwaan rasuah serta larangan media sosial.
Minggu lalu, Nepal bertindak menyekat beberapa platform media sosial utama selepas syarikat terbabit gagal mendaftar dengan kerajaan.
Antara platform yang disekat termasuk Facebook, Instagram dan Whatsapp milik Meta, YouTube, X, Reddit dan LinkedIn.
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat menguatkuasakan larangan itu selepas memberikan tempoh tujuh hari bermula 28 Ogos lalu untuk syarikat berkenaan mendaftar dengan kerajaan.
Kerajaan bagaimanapun menyatakan, sekatan akan ditarik balik sebaik sahaja syarikat tersebut mendaftar dengan pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








