BERITA SEMASA

Nahas penuntut UiTM: Suspek tiada rekod terima rawatan mental

KUALA TERENGGANU – Suspek wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun tidak pernah mendapat rawatan kesihatan mental di Terengganu.

Memetik laporan Sinar Online, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, berdasarkan semakan dibuat mendapati rawatan kesihatan mental wanita tersebut tidak pernah direkodkan di mana-mana fasiliti kesihatan negeri setakat ini.

“Bagaimanapun, kita tidak pasti sama ada wanita tersebut ada mendapat rawatan mental di negeri lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Dalam pada itu, Dr Kasemani turut menasihatkan mana-mana ahli keluarga yang berkemungkinan menghidapi penyakit mental supaya tampil menghantar individu terbabit mendapatkan rawatan lanjut.

“Jangan malu untuk datang mendapatkan rawatan kesihatan mental.

“Malah masyarakat kita perlu ubah persepsi mengenai penyakit mental ini.

“Kita juga seharusnya memberi sokongan kepada mereka untuk mendapat rawatan sewajarnya supaya menjadi lebih baik pada masa hadapan,” jelas beliau.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar UiTM Kampus Dungun, direman empat hari bermula Khamis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button