
3 maut, seorang penuntut UiTM cedera parah dirempuh kereta
DUNGUN – Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun dilaporkan maut, manakala seorang cedera parah, selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas pulang daripada menjalani aktiviti riadah petang.
Memetik laporan Buletin TV3, kejadian berlaku berhampiran universiti itu kira-kira jam 8 malam tadi ketika mangsa sedang menaiki motosikal.
SUV yang merempuh mangsa dipandu seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing- masing berusia 20 tahun dan Mohd Akmal Tukirin, 25 tahun.
Mangsa yang parah pula dikenali sebagai Amar Danish Mohd Ridwan, 20 tahun.
Mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Daerah Dungun dan mangsa yang parah, dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan bersabit kejadian.
Bagaimanapun, pemandu SUV terbabit dilaporkan sudah ditahan bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








