BERITA SEMASA

NADMA dalam proses siapkan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini sedang menyiapkan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR) yang akan digunakan sebagai asas kepada penggubalan undang-undang berkaitan aspek itu.

Laporan BH Online menyebut, perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Shahril Idrus yang turut berkata, dasar berkenaan akan dilancarkan dalam tahun ini.

“Ini adalah antara komitmen kerajaan dalam memastikan pengurusan bencana negara dapat dilaksanakan dengan lebih baik,” katanya.

Khairul Shahril berkata demikian dalam sidang akhbar sejurus mengadakan kunjungan ke Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) di Balai Berita, di sini hari ini.

Tahun lalu, kerajaan menyatakan cadangan memperkenal akta khusus untuk menambah baik dan meningkatkan kesiapsiagaan pengurusan bencana.

“Bagaimanapun, ada beberapa peringkat perlu dilalui sebelum akta berkenaan diwujudkan.

“Fasa pertama ialah mendapatkan kelulusan Kabinet manakala fasa kedua membabitkan libat urus dengan beberapa agensi berkaitan termasuk pemegang taruh yang merangkumi badan bukan kerajaan (NGO),” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button