BERITA SEMASA

Muhyiddin dipanggil sebagai saksi, bukan subjek siasatan – MCMC

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), keterangan itu diambil setelah pihaknya menghubungi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

“Siasatan tersebut melibatkan kandungan sebuah akaun TikTok yang mengaitkan beliau dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar RON95.

“Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bagi melengkapkan siasatan, MCMC akan memanggil mana-mana individu yang berkaitan sekiranya perlu.

“MCMC menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi, serta memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan secara bebas, berhemah dan profesional,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button