POLITIK

MPT BERSATU tidak bincangkan isu berkenaan Hamzah – Tun Faisal

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) BERSATU yang bermesyuarat malam tadi sama sekali tidak membincangkan dakwaan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal dirujuk ke Lembaga Disiplin parti.

Menurut Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, antara perkara yang dibincang malam tadi adalah menyentuh hal yang sudah dinyatakan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan medianya, lapor BH Online.

“Tak ada (sentuh pasal isu merujuk Hamzah ke LD). SUA (Mohamed Azmin) ada keluarkan kenyataan media semalam (mengenai isu dibincangkan dalam MPT),” katanya.

Sementara itu laporan sama yang memetik sumber dalaman parti berkata, perkara berkenaan PRN Sabah lebih banyak dibincang dan menjadi perkara utama mesyuarat malam tadi, menjelang pengumuman calon Perikatan Nasional (PN), Selasa depan dan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, minggu depan.

“Banyak bincang pasal PRN Sabah sebab minggu depan adalah hari penamaan calon (PRN Sabah) dan beberapa persiapan penting parti yang turut diberi tumpuan sepanjang mesyuarat MPT.

“Isu konflik dalaman disentuh beberapa pimpinan, namun tidak menimbulkan sebarang situasi tegang. Mesyuarat berjalan sangat baik. Masing-masing beri keutamaan kepada urusan parti,” katanya.

Laporan media sebelum ini berkata, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan semua Ahli MPT sebulat suara bersetuju menghentikan kemelut dalaman parti demi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan Bersatu menjelang PRN Sabah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button