
MOSTI sahkan terima maklumat penampakan objek jatuh dari angkasa
PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai penampakan objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak, dua hari lepas.
MOSTI dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai penemuan serpihan tersebut di darat atau perairan.
“Berdasarkan penelitian awal video tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan.
“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),” katanya dalam kenyataan tersebut.
MOSTI turut menasihatkan oang ramai supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel bpadg@mosti.gov.my.
Baru-baru ini, tular di media sosial video berdurasi kira-kira 10 saat yang didakwa dirakam di Kuching, Sarawak mengenai penampakan objek bercahaya dipercayai jatuh dari langit sedang melintasi ruang udara sebelum jatuh ke bumi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








