BERITA SEMASA

Mohd Sobirin dilantik Panglima 1 Divisyen

KOTA SAMARAHAN – Mejar Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof dilantik sebagai Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) Ke-32 dalam satu majlis serah terima tugas yang berlangsung penuh istiadat ketenteraan di Kem Muara Tuang, di sini hari ini.

Beliau yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang menggantikan Mejar Jeneral Khairul Anuar Abd Aziz yang kini memegang jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.

Majlis berkenaan disaksikan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Mohd Sofi Md Lepi dan melibatkan perbarisan seramai 27 pegawai serta 440 anggota lain-lain pangkat (LLP).

Perbarisan tersebut diketuai Pegawai Memerintah Rejimen Ke-8 Artileri Diraja, Leftenan Kolonel Syed Abdillah Syed Talib dengan iringan Platun Tambor gabungan Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja dan Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Dalam ucapan perpisahannya, Khairul Anuar merakamkan penghargaan kepada seluruh warga 1 Divisyen atas sokongan sepanjang tempoh kepimpinannya sejak November tahun lalu.

Beliau turut menyifatkan formasi tersebut sebagai pasukan yang profesional dan berdedikasi tinggi, selain menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Joharo Abang Openg.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button