Mohd Na’im mahu berehat, bakal tunai umrah dalam masa terdekat
PUTRAJAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah dan berehat tidak lama lagi susulan pengguguran beliau dari Kabinet Kerajaan Perpaduan semalam.
“Insya-Allah, saya akan berangkat menunaikan umrah dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan Sinar Online.
Beliau berkata demikian selepas menyantuni para pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) buat kali terakhir, di sini, hari ini.
Mohd Na’im yang tiba pada pukul 8.20 pagi di Kompleks Islam disambut oleh pegawai dan kakitangan agensi termasuk Setiausaha Politiknya, Dr Muhamad Razak Idris.
Ketika ditanya wartawan, Mohd Nai’m berkata, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan dan mahu berehat terlebih dahulu.
Selepas meluangkan masa kira-kira dua jam, beliau kemudiannya berangkat pulang.
Mohd Na’im, 58, yang juga bekas Ketua Hakim Syarie dilantik ke jawatan itu pada 2 Disember 2022 selepas mengangkat sumpah sebagai Senator.

Beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa adalah antara nama yang digugurkan dalam rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan.
Turut digugurkan, Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








