BERITA SEMASA

MMU tawar tiga program baharu

Turut tawar diskaun yuran pengajian sarjana

PUTRAJAYA – Universiti Multimedia (MMU) terus mengorak langkah dalam menyediakan pendidikan berkualiti bertaraf global menerusi pengenalan tiga program baharu mulai tahun ini.

Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su’ud berkata, program baharu yang ditawarkan itu adalah Program Ijazah Kejuruteraan Malaysia-Perancis, Program Perakaunan Profesional (ICAEW) dan University Affiliated Program (UAP) Chartered Financial Analyst (CFA).

“Langkah meperkenalkan program berkenaan mencerminkan peranan MMU sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited dalam menyediakan program inovatif, berorientasikan industri dan bertaraf antarabangsa.

“Semua ini dilaksanakan demi melahirkan graduan yang kompeten serta ampu menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media, di sini hari ini.

Dalam majlis sama, Dr Mazliham turut mengumumkan pemberian diskaun kepada yuran pengajian Executive Master of Administration (EMBA) dan Doctor of Business Administration (DBA).

“Langkah mengurangkan pengurangan yuran pengajian ini pula adalah bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi di peringkat Ijazah Sarjana tanpa membebankan kos kepada pelajar untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan profesional untuk negara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button