MHA Singapura tiada maklumat rakyatnya berkhidmat dalam IDF sewaktu konflik Gaza
SINGAPURA – Kementerian Dalam Negeri (MHA) memaklumkan pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai laporan media asing yang mendakwa dua rakyat Singapura berkhidmat dalam tentera rejim zionis (IDF) sewaktu konflik di Gaza.
MHA bagaimanapun berkata, pihaknya mengambul maklum mengenai laporan itu yang diterbitkan portal kewartawanan penyiasatan Declassified UK pada 11 Februari lalu.
“MHA tidak mempunyai sebarang maklumat yang disahkan setakat ini bahawa mana-mana warga Singapura sedang atau pernah berkhidmat sebagai sebahagian daripada IDF,” kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini, lapor The Straits Times.
Laporan Declassified UK pada 11 Februari lalu berkata, data IDF menunjukkan lebih 50,000 anggota tentera IDF yang mempunyai kewarganegaraan Israel serta sekurang-kurangnya satu kewarganegaraan lain telah terlibat dalam konflik tersebut.
Laporan itu turut menyatakan, dua pemegang pasport Singapura adalah antara mereka, iaitu seorang warga Singapura yang disenaraikan sebagai mempunyai kewarganegaraan Israel, dan seorang lagi yang disenaraikan memiliki pelbagai kewarganegaraan.
Bagaimanapun, laporan tersebut tidak memperincikan peranan yang didakwa dipegang oleh individu berkenaan atau tempoh mereka memegang peranan tersebut.
Data berkenaan diperoleh menerusi permohonan kebebasan maklumat kepada IDF oleh Elad Man, seorang peguam dari peguam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, Hatzlacha.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








