BERITA SEMASA

Menteri Komunikasi ucap tahniah, sanjung dedikasi 180 tahun NST

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada New Straits Times (NST) sempena ulang tahun ke-180 penubuhan akhbar berbahasa Inggeris tertua di negara ini.

Beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai satu perjalanan yang cukup membanggakan, mencerminkan komitmen berterusan NST terhadap kewartawanan berkualiti, penyampaian maklumat yang berintegriti serta peranan pentingnya dalam pembangunan media arus perdana negara.

“180 tahun! Satu perjalanan panjang yang penuh dengan dedikasi, integriti, dan komitmen terhadap kewartawanan berkualiti.

“Semoga NST terus menjadi sumber berita dipercayai, dan kekal relevan dalam dunia media yang sentiasa berubah,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Akhbar New Straits Times yang mula diterbitkan pada tahun 1845, kini menjadi sebahagian daripada Kumpulan Media Prima Berhad dan terus kekal relevan sebagai antara sumber berita utama negara dalam bahasa Inggeris.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button