SUKAN

Men’s Biore University Cup 2026 gilap bakat e-sukan mahasiswa

KUALA LUMPUR – Dunia e-sukan bukan lagi sekadar medium hiburan buat generasi muda, sebaliknya berkembang menjadi platform untuk mencungkil bakat, memupuk semangat berpasukan dan membina keyakinan diri.

Menyedari perkembangan itu, Kao Malaysia menerusi jenama Men’s Biore menganjurkan Men’s Biore University Cup Tournament 2026 yang menghimpunkan lebih 400 pelajar daripada empat institusi pengajian tinggi awam dan swasta, selain peserta daripada pusingan kelayakan secara dalam talian.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM12,000 itu mempertandingkan dua permainan mudah alih popular, iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Honor of Kings (HOK).

Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, e-sukan kini bukan sekadar hobi, malah telah berkembang menjadi komuniti yang mampu membentuk disiplin, kerjasama dan ketahanan mental dalam kalangan anak muda.

Menurutnya, Men’s Biore mahu dikenali bukan sahaja sebagai jenama penjagaan diri lelaki, malah sebagai jenama yang memahami gaya hidup serta minat generasi muda masa kini.

“Kami mahu menyediakan platform yang meraikan bakat anak muda sambil menggalakkan mereka mengamalkan penjagaan diri yang positif serta sentiasa tampil yakin dalam apa juga yang dilakukan,” katanya.

biore
Lebih 400 pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai Men’s Biore University Cup Tournament 2026 yang dianjurkan Kao Malaysia bagi mencungkil bakat dalam e-sukan serta membina keyakinan diri dan semangat berpasukan.

Beliau berkata, pihaknya berharap kejohanan itu dapat diperluaskan ke lebih banyak universiti pada masa depan menerusi kerjasama dengan institusi pendidikan dan komuniti e-sukan di seluruh negara.

Bertemakan ‘Kontrol Game Anda’, kempen itu membawa mesej bahawa prestasi dalam permainan perlu diseimbangkan dengan penjagaan diri dan sikap positif, selaras usaha Men’s Biore mendekati generasi Z menerusi teknologi dan sukan.

Pada kejohanan itu, pasukan Multimedia University (MMU) Malaysia muncul juara kategori Honor of Kings selepas mempamerkan aksi konsisten dan strategi mantap sepanjang pertandingan.

Tempat kedua dimenangi LXM ESPORT, manakala SCT TEAM yang turut mara menerusi pusingan kelayakan dalam talian menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), pasukan PMAS A yang layak menerusi pusingan kelayakan dalam talian muncul juara, diikuti BOSS NAILONG dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) di tempat kedua, manakala UM x REIGN menduduki tempat ketiga.

Sebelum beraksi di pentas akhir, peserta terlebih dahulu bersaing dalam pusingan kelayakan yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Multimedia University (MMU) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain itu, pusingan kelayakan turut diadakan secara dalam talian bagi membuka peluang kepada lebih ramai pemain dari universiti di seluruh negara menyertai kejohanan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button