BERITA SEMASA

Melaka dapat tambahan 500 tan metrik beras tempatan

KUALA LUMPUR – Melaka mendapat tambahan 500 tan metrik lagi beras putih tempatan yang akan diagihkan bermula 16 September ini.

Perkara itu diumumkan oleh Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam satu hantaran video dalam laman media sosialnya.
.
“Alhamdulilah Melaka dapat tambahan 500 tan metrik lagi beras putih tempatan bermula 16 September ini.

“Jadi jika hujung bulan ini, masih lagi ada masalah bekalan beras tempatan tiada, mohon maklumkan pada saya ataupun agensi untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat bersama pemegang taruh berhubung kekurangan beras tempatan yang semakin meruncing di seluruh negara khususnya di Melaka.

Dr Muhamad Akmal berkata, kesemua stok beras tersebut kemudiannya akan diedarkan di seluruh Melaka bagi menampung permintaan.

Beliau menambah, jumlah tersebut dijangka cukup untuk menampung permintaan rakyat Melaka.

“Saya minta tolong rakyat Melaka, kalau hujung bulan ni masih tiada tolong bagi tahu sebab kita nak kesan dari pengilang besar sampai ke pengguna sama ada dapat atau tidak beras ni.

“Insya-Allah kita akan dapat kawal beras ini dan kita akan pastikan dan tentang habis-habisan sehingga isu beras ini selesai,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button