MBSJ sita barangan, tutup kedai runcit dikendalikan warga asing tanpa lesen
SERI KEMBANGAN – Sebuah kedai runcit di Taman Pinggiran Putra di sini, yang dikendalikan peniaga warga asing tanpa lesen perniagaan sah, diarah tutup selepas dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Tindakan itu diambil susulan aduan orang awam sebelum pemeriksaan dijalankan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

MBSJ menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah yang dikeluarkan pihak majlis.
“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan diambil dengan menyita barangan berkaitan serta menutup premis berkenaan mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa,” katanya.
Menurut MBSJ, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan terhadap premis perniagaan di seluruh kawasan pentadbirannya bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi syarat pelesenan ditetapkan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan berhubung pelanggaran peraturan perniagaan boleh menyalurkannya menerusi saluran aduan di laman web rasmi MBSJ.
Aduan juga boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Kawalan Subang Jaya menerusi talian 03-8024 7700.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








