BERITA SEMASADALAM NEGERI

Masjid Tuanku Mizan rai 190 pelancong bukan Muslim ‘berbuka puasa’

DALAM suasana penuh keberkatan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan kerjasama Islamic Outreach Centre ABIM telah menganjurkan program Iftar Ramadan Bersama Pelancong Bukan Muslim baru-baru ini.

Seramai 190 peserta terdiri daripada pelancong asing dan penduduk tempatan hadir untuk merasai pengalaman berbuka puasa dalam suasana Islam yang harmoni.

Imam Besar MTMZA, Dr. Amru Alhaz Adnan berkata, program itu memberi suatu perspektif baharu mengenai nilai ketenangan, keindahan dan keterbukaan Islam dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.

Seramai 190 peserta terdiri daripada pelancong asing dan penduduk tempatan hadir untuk merasai pengalaman berbuka puasa dalam suasana  yang harmoni.

“Keceriaan jelas terpancar di wajah para pelancong yang beramai-ramai bersila menikmati juadah berbuka dalam suasana penuh kebersamaan.

“Keakraban yang terjalin di antara peserta Muslim dan bukan Muslim membuktikan bahawa Ramadan bukan sekadar bulan ibadah tetapi juga peluang untuk memperkukuh hubungan kemanusiaan dan nilai perpaduan,” ujar beliau.

Tambah beliau program itu bukan sahaja membuka ruang untuk kefahaman budaya dan agama tetapi turut menjadi jambatan perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat.

“Program tahunan ini menjadi platform unik dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam sekaligus memberikan pengalaman mendalam mengenai budaya berbuka puasa di Malaysia.

Antara peserta yang hadir pada program tahunan anjuran MTMZA ini.

“Para peserta berpeluang merasai suasana iftar berjemaah bersama lebih 3,000 jemaah di masjid ini, menikmati hidangan berbuka secara tradisional dalam suasana penuh harmoni dan muhibah,” jelasnya lagi.

Menambah nilai kepada pengalaman peserta, program itu turut menyediakan taklimat ringkas dan sesi soal jawab mengenai ibadah puasa serta kepentingannya dalam Islam.

Sesi interaktif itu yang dikendalikan oleh Da’i Pelancongan MTMZA memberi peluang kepada peserta untuk bertanya dan memahami lebih lanjut tentang keindahan Ramadan.

Selain itu, peserta juga dibawa menjelajah sekitar masjid dalam sesi lawatan berpandu, di mana mereka didedahkan kepada keunikan seni bina serta signifikasi masjid dalam konteks Islam dan budaya Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button