
Manchester United kalah kepada kelab kerdil, Ten Hag berang kritik pemain
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag meluahkan kekecewaannya terhadap prestasi pemain-pemainnya selepas tewas 0-1 dalam perlawanan persahabatan pramusim menentang pasukan Norway, Rosenborg baru-baru ini.
Ten hag berkata, beliau mengakui tahap kecergasan pemainnya masih kurang memuaskan dan prestasi yang ditunjukkan tidak mencapai jangkaannya.
“Kita boleh bercakap dan memperbaiki segala kekurangan, tetapi saya bukan lelaki yang suka memberi alasan.
“Saya telah melihat bahawa ini bukan standard untuk bola sepak tahap tertinggi,” katanya menerusi temubual bersama MUTV.
Dalam temubualnya, Ten Hag menegaskan akan pentingnya mencapai tahap kecergasan yang lebih tinggi untuk bersaing dalam bola sepak elit.
“Sebagai individu, anda mesti memastikan anda cergas. Saya tahu bahawa pada masa ini, kecergasan kita belum pada tahap terbaik, jadi kita memerlukan perlawanan seperti ini untuk meningkatkan tahap kecergasan kita,” katanya.
Ten Hag turut mengakui bahawa Rosenborg mempunyai kelebihan dari segi kecergasan kerana mereka sudah memulakan musim liga mereka.
Namun begitu, beliau tetap menekankan bahawa sebagai pemain Manchester United, prestasi yang lebih baik adalah satu keperluan.
Dalam pada itu Ten Hag, baru sahaja melanjutkan kontraknya untuk kekal bersama Machester United sehingga akhir musim 2025/26.

Sementara itu dalam perlawanan tersebut, ia kelihatan akan berakhir tanpa jaringan sehinggalah pada minit ketiga masa kecederaan sebelum tamat perlawanan, Noah Holm menjaringkan gol kemenangan untuk Rosenborg.
Manchester United akan meneruskan siri perlawanan pramusim mereka dengan menentang Rangers pada 20 Julai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








