BERITA SEMASA

Malaysia kutuk serangan udara Israel terhadap Syria, Lubnan

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam keras serangan terbaharu rejim Zionis Israel terhadap Syria dan Lubnan yang dianggap sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan dan integriti wilayah kedua-dua negara tersebut.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menegaskan, serangan ke atas Damsyik dan bandar Druze di Syria, serta Lembah Bekaa di Lubnan merupakan pelanggaran terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), undang-undang kemanusiaan serta hak asasi manusia antarabangsa.

“Serangan itu telah meragut ratusan nyawa termasuk orang awam,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata, Malaysia menegaskan masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri terhadap tindakan agresif berterusan rejim Zionis Israel yang mengancam keamanan dan keselamatan serantau serta global.

Selain itu, Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk melaksanakan tanggungjawab mereka berdasarkan piagam PBB bagi menamatkan kitaran keganasan dan mencapai keamanan serta kestabilan yang berkekalan di rantau tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button