BERITA SEMASA

Malaysia kecam tindakan rejim zionis lulus 34 penempatan baharu

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim zionis Israel yang meluluskan pembinaan 34 penempatan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, Malaysia menegaskan, peluasan penempatan secara berterusan merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, terutamanya Konvensyen Geneva Keempat dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 (2016).

Tindakan tersebut, katanya, merupakan cubaan untuk mengubah komposisi demografi Wilayah Palestin.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak tegas bagi memastikan rejim Israel mematuhi undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata, Malaysia menegaskan komitmen yang tidak berbelah bahagi, mengulangi seruannya bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempada pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button