BERITA SEMASA

MAIWP peruntuk RM17.36 juta untuk bantuan Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM17.36 juta bagi bantuan Aidilfitri berjumlah RM500 kepada setiap penerima bantuan sara hidup di Wilayah Persekutuan dan RM300 untuk penerima di institusi pendidikan.

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, selain bantuan secara terus dari dana MAIWP, kerjasama pihaknya dengan agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini juga sentiasa mencari ruang untuk membantu golongan asnaf.

“Tanpa ada komitmen para pembayar zakat, sudah tentu program seperti ini tidak dapat dilaksanakan secara optimum, maksimum dan menyeluruh.

“Semoga segala usaha ini akan dibalas dengan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT,” katanya pada program Rahmah Ramadan MAIWP: Majlis Iftar Ramadan Bersama Asnaf di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Sementara itu katanya, MAIWP telah membelanjakan lebih RM38 juta untuk program Rahmah Ramadan tahun ini.

Turut disampaikan pelbagai bantuan kepada pertubuhan kebajikan Islam dan duit raya untuk anak-anak asnaf.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button