Mahkamah bebaskan Eda Ezrin, lima lagi
CYBERJAYA – Penyanyi dari Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dibebaskan hari ini selepas hampir sembilan bulan ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.
Laporan portal Kosmo menyebut, turut dibebaskan bersama Eda adalah suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26.
Kesemua mereka dibebaskan selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat mendapati tiada bukti kukuh bagi mengaitkan mereka dengan pemilikan 6,059 pil methamphetamine yang ditemukan di sebuah bilik hotel di Sungai Golok, November tahun lalu.
Mahkamah bagaimanapun mendapati kesemua tertuduh bersalah atas tuduhan penggunaan dadah dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda sebanyak 4,000 baht (RM523) setiap seorang.
Hukuman tersebut dianggap telah dilunaskan kerana mereka telah ditahan sejak November dan menunjukkan tingkah laku baik sepanjang tempoh tahanan.
Eda, yang dikenali menerusi lagu Bea Sobar Bea menjadi perhatian ramai apabila berita penahanannya tersebar luas.
Dia sebelum ini menyatakan harapan supaya peminat terus menyokongnya dan memberi peluang untuk kembali berkarya selepas dibebaskan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








