WHO tegaskan tiada bukti kukuh kaitkan Tylenol, vaksin sebagai punca autisme
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan tiada bukti kukuh menunjukkan ubat penahan sakit Tylenol atau vaksin sebagai punca kepada autisme.
Kenyataan WHO tersebut susulan kenyataan bercanggah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pentadbirannya, lapor AFP.
Menurut jurucakap WHO, Tarik Jasarevic, walaupun terdapat kajian pemerhatian yang mencadangkan kemungkinan kaitan antara autisme dan penggunaan acetaminophen (paracetamol), bahan aktif dalam Tylenol, kajian lain pula “tidak menemukan sebarang hubungan sedemikian” sambil menambah, “Bukti yang ada masih tidak konsisten.”
Berhubung vaksin, Jasarevic menegaskan bahawa tiada keraguan dalam kalangan komuniti saintifik: “Vaksin tidak menyebabkan autisme.”
Terdahulu, pentadbiran Trump membuat dakwaan bahawa penggunaan Tylenol semasa kehamilan boleh menyumbang kepada peningkatan kes autisme, satu dakwaan yang telah ditolak oleh pakar perubatan dan pengeluar ubat tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








