LUAR NEGARA

Lombong arang batu haram meletup di Colombia, 7 nyawa terkorban

BOGOTA – Seramai tujuh orang dilaporkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah lombong arang batu haram di Colombia.

Kejadian tragis tersebut dipercayai berpunca daripada pengumpulan gas metana di dalam lombong berkenaan.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, insiden tragis itu berlaku pada Khamis lalu di bandar Sutatausa, yang terletak di wilayah tengah negara berkenaan.

Menurut Agensi Perlombongan Nasional Colombia, mangsa pertama ditemukan tidak lama selepas kejadian, manakala enam lagi mayat pelombong dikeluarkan semalam.

Gabenor wilayah, Jorge Emilio Rey berkata, pihak agensi akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

Kemalangan di lombong arang batu, sama ada yang beroperasi secara sah atau haram, kerap berlaku di wilayah tengah Colombia.

Kebanyakan insiden dikaitkan dengan kegagalan pekerja mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Pada Mei lalu, dua letupan berasingan, termasuk satu yang turut berlaku di Sutatausa, mengorbankan 13 pelombong.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button