JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki terjun Jambatan Pertama Pulau Pinang berjaya diselamatkan nelayan

PULAU PINANG – Seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai terjun dari Jambatan Pertama Pulau Pinang berjaya diselamatkan oleh sekumpulan nelayan, hari ini.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, mangsa yang berjaya diselamatkan oleh kumpulan nelayan melalui kawasan kejadian ditemui dalam keadaan selamat.

Nak Rong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11 pagi melalui Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban sebelum bertindak mengerahkan sebuah bot peronda ke lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya ditenang dan dikawal oleh nelayan di satu kawasan selamat iaitu di tiang bernombor 76 Jambatan Pertama Pulau Pinang.

“Bot peronda kemudian tiba di lokasi berkenaan dan pemerhatian awal mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Mangsa seorang lelaki berbangsa India yang berjaya diselamatkan selepas terjun dari Jambatan Pertama Pulau Pinang, pagi tadi.

Nak Rong berkata, mangsa dibawa ke jeti PPM Batu Uban menaiki sebuah bot peronda kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Orang ramai yang mahu membuat sebarang boleh menghubungi Maritim Malaysia Pulau Pinang di talian 04-2620621.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button