Lelaki cetus kontroversi berkaitan azan, solat Jumaat ditahan petang tadi
SHAH ALAM – Polis telah menahan seorang lelaki yang didakwa mencetuskan kontroversi isu agama di Surau Taman Seraya, Ampang, petang tadi.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan di Pandan Indah kira-kira pukul 3 petang tadi bagi membantu siasatan berkaitan kes ingkar perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan Solat Jumaat di surau terbabit.
BACA JUGA:
Suspek didakwa pertikai azan, solat Jumaat disenarai hitam ke luar negara
Tambahnya, polis telah merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut.
“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tegasnya, siasatan dijalankan secara profesional dan telus mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa tanpa sebarang kompromi.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan serta menggugat ketenteraman awam.
“Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang cuba mencetuskan provokasi melampau sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




