Lebih 70 calon SPM sertai Bengkel Matematik ‘Brain Fuel x MC+’ di Kolej Islam As Sofa
AMPANG – Seramai lebih 70 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hadir menyertai bengkel intensif Matematik Brain Fuel x MC+ yang dianjurkan oleh Kolej Islam As Sofa, di sini semalam.
Program khas yang berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 10 pagi itu dikendalikan oleh tutor terkenal, Sir Fathi dari MC+.

Ia memberi tumpuan kepada teknik menjawab berdasarkan format terkini SPM, pendedahan soalan ramalan serta perkongsian strategi mudah untuk memperoleh gred A dalam masa singkat.
Pengarah As Sofa Centre of Excellence (ACEL), Ustaz Khairi Hasbullah Abu Hassan berkata, pihaknya mengambil peluang menganjurkan bengkel itu bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan tersusun.

“Bengkel seperti ini penting kerana ia memberi pendedahan segera dan teknik pantas yang terbukti membantu meningkatkan markah pelajar.
“Ia juga sebahagian daripada usaha ACEL untuk melahirkan generasi pelajar cemerlang dan berdaya saing,” katanya kepada Malaysia Tribune.
Selain sesi pengajaran intensif, para peserta turut diberikan bahan bengkel, berpeluang mengikuti sesi soal jawab bersama tutor serta menerima sijil eksklusif sebagai pengiktirafan penyertaan.
Program itu merupakan sebahagian daripada Sofa Inspire Festival (SIF) 1.0 iaitu sebuah acara berskala besar yang menggabungkan pelbagai aktiviti pendidikan, seni, budaya, bahasa dan komuniti yang berlangsung pada 15 dan 16 Ogos lalu.

Ia dianjurkan bersama oleh Kolej Islam As Sofa dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai usaha memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat kecintaan terhadap bahasa Melayu serta mengangkat nilai warisan bangsa.
Selain bengkel tersebut, terdapat pelbagai segmen menarik diadakan termasuk pertandingan, inovasi, jualan, persembahan seni dan aktiviti kekeluargaan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








