PMX

Lawatan rasmi PM buka ruang perkukuh hubungan dua hala, kerjasama strategik Malaysia-Australia

CANBERRA – Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Australia mampu membawa anjakan baharu dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama strategik Malaysia-Australia.

Menurut Perdana Menteri, setiap ruang dan wacana telah beliau dan delegasi Malaysia gunakan sepenuhnya untuk meyakinkan pelabur dan mengangkat Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan utama di dunia.

“Pelbagai pengalaman dikutip dalam lawatan rasmi kali ini. Apa yang utama setiap ruang dan wacana telah saya dan delegasi Malaysia gunakan sepenuhnya untuk meyakinkan pelabur dan mengangkat Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan utama di dunia.

“Kita akan terus bekerja meletakkan Malaysia sebagai destinasi penting pelaburan yang pasti akan membawa hasil dan kemakmuran yang memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan membuat lawatan singkat ke Canberra dan sempat mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor Jeneral Komanwel Australia, David Hurley AC DSC (Retd) di Government House, Canberra.

Related Articles

“Kami sempat bertukar pandangan mengenai hubungan dan kerjasama Malaysia-Australia dalam konteks pengukuhan jalinan persahabatan masa kini dan masa hadapan,” katanya lagi.

Sebelum berangkat pulang, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga sempat singgah di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button