BERITA SEMASA

Lawatan khas Agong perkukuh kerjasama strategik Malaysia-UAE

ABU DHABI – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, semalam.

Sultan Ibrahim memaklumkan, pertemuan berkenaan membentuk landasan kerjasama yang lebih berpandangan jauh dan strategik, khususnya dalam bidang ekonomi, pelaburan serta keterjaminan makanan.

“Kami juga berkongsi pandangan mengenai usaha untuk mengeratkan lagi kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan,” titah baginda dalam kenyataan di facebook.

Pertemuan empat mata antara Sultan Ibrahim dan Sheikh Mohamed berlangsung hampir satu jam di Istana Qasr Al Bahr, Abu Dhabi.

Ia diadakan bersempena lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE atas jemputan rasmi Presiden negara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button