BERITA SEMASA

Langkah ambil warden dalam kalangan tentera elak guru terbeban – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan tindakannya mengambil bekas tentera sebagai warden di asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah bagi mengelakkan guru berasa terbeban.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh para guru yang terbeban dengan tugas sebagai tenaga pengajar di samping perlu bertugas sebagai warden asrama.

“Saya cadang warden sepenuh masa dikalangan bekas tentera kerana ramai guru MRSM mengadu terbeban untuk berjaga lebih 12 malam ‘round’ asrama kemudian sambung pula seawal 7 pagi ke kelas.

“Buli tidak berlaku sebelum 12 malam,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Semalam dalam Dewan Rakyat Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) berpandangan guru lebih sesuai menjadi warden sekolah berasrama penuh berbanding pesara tentera atau polis.

Katanya, warden sekolah berasrama penuh bukan hanya memainkan peranan sebagai penjaga.

Sebelum ini, pada Ogos lalu MRSM
telah memulakan projek rintis menempatkan warden bekas tentera di asrama pelajar sebagai inisiatif penting menangani keganasan dan buli di institusi itu.

Asyraf Wajdi, berkata warden berkenaan sudah memulakan tugas di MRSM Balik Pulau dan MRSM Besut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button