KWSP isytihar dividen 6.15 peratus dengan nilai agihan RM79.6 bilion
KUALA LUMPUR – Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM67.1 bilion bagi tahun kewangan 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, kadar yang sama 6.15 peratus juga bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM12.5 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2025 sebanyak RM79.6 bilion.
Jelasnya, pasaran ekuiti yang berdaya tahan menjadi pemacu utama pendapatan KWSP, disokong oleh pulangan stabil daripada pendapatan tetap dan kepelbagaian portfolio yang kukuh, lapor Buletin TV3.
āBagi tahun berakhir 31 Disember 2025, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus berbanding RM75.5 bilion pada tahun 2024.
āAset pelaburan meningkat kepada RM1.409 trilion, naik 12.8 peratus daripada RM1.25 trilion, didorong pendapatan portfolio serta jumlah caruman bersih sebanyak RM66.5 bilion,ā katanya pada Pengumuman Dividen KWSP 2025, di sini hari ini.
Tambah beliau, ekuiti kekal sebagai penyumbang utama dengan menjana RM50.7 bilion, iaitu 64 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan, mengatasi RM49.9 bilion yang dicatatkan pada 2024.
Manakala pulangan pelaburan (ROI) sederhana kepada 7.9 peratus berikutan ketidaktentuan pasaran global dan keadaan pasaran domestik yang lebih perlahan.
Pelaburan ekuiti persendirian, yang merangkumi sekitar lapan peratus daripada pelaburan ekuiti, mencatatkan ROI sebanyak 10.5 peratus.
āInstrumen pendapatan tetap, yang sebahagian besarnya terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia, mengukuhkan portfolio KWSP dengan aliran pendapatan yang stabil, menyumbang sebanyak RM26.3 bilion, atau 33 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan, dengan ROI 4.3 peratus,ā katanya.
Seiring penurunan kadar hasil sepanjang tahun, pengurus dana berupaya merealisasikan keuntungan modal secara berhemah di samping mengambil langkah teliti bagi memastikan hasil portfolio kekal berada pada kedudukan yang baik untuk menjana pulangan masa hadapan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








