BERITA SEMASALUAR NEGARA

Kumpulan pop punk laung mesej kematian kepada IDF di Festival Glastonbury

LONDON – Sebuah kumpulan musik pop-punk popular Britain, Bob Vylan mencetuskan kontroversi apabila melaungkan mesej anti Israel di depan ratusan ribu penonton konsert Glastonbury, kelmarin.

Rakaman persembahan berkenaan yang kini tular di media sosial memaparkan vokalis utama kumpulan tersebut menyebut slogan “Death, death to the IDF” (Kematian kepada Tentera Pertahanan Israel), disusuli dengan laungan “Free, free Palestine”, sebelum diulangi semula seruan kematian kepada IDF.

Dalam persembahan yang turut disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen BBC itu, Bob Vylan turut mengakhiri persembahannya dengan seruan yang sinonim dengan slogan radikal Hamas:

“From the river to the sea, Palestine must be, will be, free.”

Kenyataan yang dilontar di pentas muzik paling ikonik di Britain itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh ribuan penonton.

Bagaimanapun, insiden itu mencetuskan reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang melabel tindakan Bob Vylan sebagai perbuatan anti-semitik dan ugutan terhadap tentera haram Israel.

Sementara itu, Setiausaha Kebudayaan, Lisa Nandy, dilaporkan telah menghubungi Ketua Pengarah BBC bagi mendapatkan penjelasan mengenai siaran langsung yang tidak dihentikan.

BBC dalam kenyataannya mempertahankan tindakan meneruskan siaran konsert itu dengan alasan amaran mengenai bahasa kasar telah dimaklumkan kepada penonton.

Bob Vylan mencetuskan kontroversi di pentas Festival Glastonbury dengan laungan kematian buat IDF.

Pengerusi Parti Konservatif, Kemi Badenoch pula menyifatkan persembahan itu sebagai menjijikkan sambil mengungkit semula insiden serangan di festival musik di Israel yang didakwa dilakukan Hamas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button