HIBURAN

May, Sofea, Bloodshed gegar ‘Rock Car Park’ Mei ini

KUALA LUMPUR – Tiga nama besar muzik rock tanah air, May, Sofea dan Bloodshed bakal menjadi tumpuan utama Konsert Rock Car Park yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei ini di Rooftop Campbell Complex, di sini.

poster

Pengumuman itu dibuat menerusi sidang media yang diadakan di Campbell Complex, bagi memperkenalkan konsep serta perancangan penganjuran acara berkenaan.

Selain tiga kumpulan legenda tersebut, konsert itu turut menampilkan Wicitra Shasha and The Boys, di samping beberapa lagi artis yang akan diumumkan secara berperingkat.

Menurut penganjur, Konsert Rock Car Park mengetengahkan konsep persembahan muzik rock dalam suasana urban terbuka di kawasan parkir bertingkat, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza berbanding konsert konvensional.

The Boys

“Penganjuran ini bertujuan menyediakan platform kepada penggiat muzik rock tempatan serta menghimpunkan peminat daripada pelbagai generasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, acara tersebut juga dilihat sebagai usaha menyemarakkan semula perkembangan muzik rock tempatan selari dengan landskap industri hiburan semasa.

Jualan tiket telah mula dibuka pada 12 Februari 2026 menerusi platform Ticket2U.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button