Permohonan CEMI dibuka, bantu lonjak industri konsert, acara antarabangsa – Fahmi
PUTRAJAYA – Insentif penganjuran konsert dan acara bertaraf antarabangsa, Concerts and Events Malaysia Incentive (CEMI), akan mula dibuka untuk permohonan bermula 15 Mei hingga 10 Julai ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu berpotensi menjana peluang pekerjaan, meningkatkan jumlah pelancong serta memberi impak ekonomi yang signifikan kepada negara.
“CEMI merupakan inisiatif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan industri konsert serta acara di Malaysia dengan menarik lebih banyak acara bertaraf antarabangsa dan berkualiti ke negara ini.
“Insentif ini akan menawarkan bantuan kewangan kepada penganjur acara yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, antara kriteria tersebut termasuk skala acara, impak ekonomi dan peningkatan kadar pelancongan yang dijangka, penglibatan kandungan tempatan serta pematuhan kepada garis panduan program.
Maklumat lanjut mengenai panduan dan syarat permohonan boleh didapati di laman sesawang www.mycreativeventures.com.my/CEMI.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








