BERITA SEMASA

Kumpulan dirakam berzikir pelik di kawasan kubur sudah dipanggil bantu siasatan

SANDAKAN – Sekumpulan lelaki yang dirakam seolah-olah sedang berzikir dalam keadaan pelik di kawasan tanah perkuburan di sini, sudah dipanggil bagi membantu siasatan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil siasatan tersebut akan dikongsikan sebaik menerima laporan penuh daripada pegawai di lapangan berhubung perkara itu.

“Laporan penuh siasatan masih belum saya perolehi. Apa pun, pegawai saya sudah memanggil dan mengambil tindakan ke atas pihak terbabit,” katanya.

Sejak semalam, tular satu video pendek yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang duduk di tepi kubur sambil berzikir, namun tidak dapat dipastikan dengan jelas lafaz atau bacaan yang disebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku di tanah perkuburan di Kampung Lupak Meluas, di sini, dengan video tersebut dipercayai dirakam penduduk yang menyedari kegiatan itu berlaku tengah malam Ahad lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button