Kuil dibina tanpa kebenaran di Hutan simpan Kapar Tambahan diroboh, dipindahkan
KLANG – Sebuah struktur binaan yang dibina tanpa kebenaran di Hutan simpan Kapar Tambahan di sini dirobohkan dan dipindahkan menerusi satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
Memetik laporan Media Selangor, Penolong Pengarah Kanan JPNS, Mohd Shafie Mahamud berkata, operasi Penguatkuasaan Hutan Secara Bersepadu ‘Ops Risi’ itu dilakukan bagi tindakan penguatkasaan pendudukan dan struktur binaan secara tanpa kebenaran yang menempatkan sebuah kuil.
Katanya, pada awalnya pemilik kuil cuba mempertahankan struktur yang dibina namun akhirnya terpaksa akur dengan undang-undang.
“Kerja-kerja memindahkan peralatan kuil dan berhala dilaksanakan dengan cermat, selamat tanpa sebarang kerosakan,” katanya dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman Facebook Media Selangor hari ini.

Menurutnya, operasi itu turut mendapat kerjasama pihak polis, Pejabat Tanah Kuala Selangor dan pihak berkuasa tempatan.
Dalam pada itu katanya, meskipun terdapat rayuan dan permohonan supaya binaan tersebut tidak dirobohkan, pihaknya menolaknya.
Justeru katanya, pihak kuil akur dan bersetuju untuk bepindah.
“Kita dah berbincang dengan pemilik kuil untuk dia memindahkan semua barang-barang dan mereka bersetuju.
“Dan dia dah ambil barang-barang dia, dikosongkan dan barulah kita robohkan struktur dia.
“Bila melibatkan struktur akhir kita memerlukan jentera berat kerana barangan itu terlalu besar dan tidak mampu kita angkat secara manual,” katanya.

Sementara itu katanya, tiada sebarang struktur haram dibenarkan dibina dalam hutan simpan dan pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja perobohan dalam semasa ke semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








