KTM perkenal empat model motosikal baharu Duke
SUBANG – Menyambut ulang tahun KTM ke-30, pengilang motosikal serta aksesori dan komponen bertaraf dunia itu memperkenalkan generasi seterusnya iaitu empat model motosikal Duke terbaru, KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390.
Menurut Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng, Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaan mereka khususnya dalam segmen motosikal ānakedā.
Katanya, semua rangkaian motosikal itu dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi.
āKTM Duke menjanjikan kepada pengemar motosikal berkuasa tinggi itu, KTM Duke terbaru ini menjaminkan kepuasan berganda kepada pemiliknya.
āSambutan ulang tahun ke-30 KTM Duke bukan sahaja untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi kami mahu berkongsi pengalaman dan mencipta memori penunggangan KTM Duke yang sukar dilupakan.
āSetiap keluaran motosikal KTM Duke, kami menggabungkan penampilan yang sedap mata memandang dengan reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya.
āKami sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang. Mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama Duke,ā katanya pada majlis pelancaran eksklusif model-model baharu motosikal KTM di SkyPark RAC di sini semalam.

Sempena ulang tahun ke-30, KTM dengan bangganya memperkenalkan slogan baru: āNo Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundariesā.
Beliau berkata, selama 30 tahun, idea utama di sebalik setiap model Duke ialah memberikan pengalaman baru dan berbeza kepada penunggang, seolah-olah mereka baru menunggang motosikal.
āSetiap model ada ciri dan keistimewaan tersendiri. Inilah yang membuatkan Duke terus mendahului pesaingnya di pasaran.
āBagi menepati kehendak pasaran hari ini bersama keinginan Duke untuk sentiasa berada jauh di depan, syarikat sentiasa hadir dengan ilham baru yang lebih āgarangā, berani dan matang,ā katanya lagi.

Sementara itu, selain daripada empat model tersebut, terdapat satu lagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat iaitu KTM 790 Duke.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
āPeningkatan permintaan terhadap model motosikal itu dipercayai kerana faktor harganya yang menarik.
āGenerasi terbaru ini bakal āmenjeritā dan merentas jalan dengan warna metalik oren ED Elektronik iaitu warna yang dikhaskan secara eksklusif untuk perayaan ke-30 tahun Duke.
āSeperti mana-mana model Duke, julat berkuasa tinggi ini akan meredah jalan raya tanpa kompromi dan tiada tandingan dengan kelengkapan mesin prestasi tinggi,ā ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








