BERITA SEMASA

KPN rangka pendekatan baharu perkukuh Sambutan Minggu Perpaduan

BATU KAWAN – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sedang merangka pendekatan baharu bagi memperkukuh pelaksanaan Sambutan Minggu Perpaduan.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata,bermula tahun hadapan, SMP akan digabungkan dengan sambutan budaya etnik minoriti di negeri masing-masing.

“Pendekatan baharu ini (adalah bagi) mengiktiraf warisan etnik minoriti dan membuka ruang kepada rakyat untuk menghargai kepelbagaian budaya yang membentuk identiti Malaysia,” kata Aaron dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, ketika berucap pada Majlis SMP 2025 Peringkat Kebangsaan di pekarangan Stadium Batu Kawan, hari ini, Aaro berkata kementeriannya komited memperkukuh semangat perpaduan, kenegaraan dan kesukarelawan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi pelbagai inisiatif berterusan.

Beliau berkata, usaha tersebut digerakkan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Dasar Perpaduan Negara yang menjadi tunjang kepada perpaduan nasional.

Menurutnya, pada tahun 2023, kementeriannya telah memperkenalkan Kerangka Perpaduan Membangun Malaysia Madani yang menjadi asas pendekatan strategik kementerian berteraskan nilai-nilai Madani.

“Pendekatan ini memberi fokus kepada Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang menekankan penghayatan semula Rukun Negara termasuk lafaz penuh ikrar Rukun Negara di sekolah, institusi pengajian tinggi, majlis rasmi kerajaan, Parlimen dan kini turut diperluaskan ke beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya lagi.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button