BERITA SEMASA

KPM umum penyaluran geran bagi perkukuh ekosistem pendidikan 2026

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menekankan komitmen berterusan dalam memberikan bantuan dan geran pendidikan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi kelolaannya berjalan lancar sepanjang tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelbagai geran telah disalurkan termasuk Geran Peralatan Sekolah, Geran Alat Bantu Mengajar, Geran Program Silang Budaya, serta sokongan bagi penguasaan bahasa dan literasi.

“Geran-geran ini diberikan bagi mengukuhkan semangat perpaduan, memperkasakan pendidikan dwibahasa, serta menyokong murid dalam aktiviti membaca dan penguasaan bahasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Menteri Pendidikan 2026 di auditorium KPM di sini, hari ini.

Baca juga : KPM tambah 300 CCTV, tegaskan keselamatan pelajar jadi keutamaan

Menurut beliau, bantuan ini juga meliputi murid berkeperluan khas, dengan tujuan memastikan semua pelajar, tanpa mengira latar belakang, menerima peluang pendidikan yang saksama dan sokongan sewajarnya.

Fadhlina berkata, pemberian geran dan bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam menyokong guru dan memastikan sistem pendidikan negara lebih inklusif.

“Semua inisiatif ini adalah untuk memastikan hak pendidikan murid terpelihara, sambil memperkukuh sokongan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran,” ujarnya.

Beliau menegaskan, KPM akan terus memantau pelaksanaan geran serta bantuan ini supaya ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan pelajar.

“Pelbagai geran dan bantuan diberikan agar usaha kita dalam mendidik dan menyokong pelajar dapat diteruskan dengan lebih berkesan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button