JENAYAH & MAHKAMAH

Kontraktor rugi RM356,000 terpedaya skim pelaburan palsu

KUANTAN – Seorang kontraktor berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM356,342 selepas terjerat dengan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan menerusi sebuah laman sesawang, bulan lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan diterima semalam, lelaki berusia 34 tahun itu tertarik dengan satu iklan pelaburan yang ditemuinya pada 18 Februari lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian mendaftar dan menyertai pelaburan berkenaan yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus daripada jumlah pelaburan.

“Mangsa melakukan 16 transaksi pindahan wang kepada lima akaun bank yang berbeza bermula 18 Februari hingga 19 Mac lalu yang membabitkan jumlah keseluruhan RM356,342.

“Mangsa hanya menerima pulangan awal berjumlah RM1,000 sebelum tidak menerima sebarang keuntungan seterusnya seperti yang dijanjikan.

“Dia juga mendapati tidak lagi dapat mengakses laman sesawang pelaburan itu sebelum menyedari ditipu.

“Sumber kewangan mangsa daripada wang simpanan serta wang syarikat miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button