Kompleks Sekolah Presint 15 mula beroperasi sesi 2026
PUTRAJAYA – Kompleks Sekolah Presint 15 akan mula beroperasi mulai sesi persekolahan baharu Januari depan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, bermula bulan ini, barisan pentadbir dan guru sekolah akan mula ditempatkan di kompleks sekolah berkenaan.

Pada masa yang sama, katanya, Pejabat Pendidikan Wilayah Putrajaya akan menguruskan penempatan guru dan memastikan bilik darjah bersedia untuk menyambut kumpulan pertama pelajar pada Januari akan datang.
“Pada masa ini, kita sedang mengemas dan mengenal pasti semua pihak terlibat bagi memastikan kompleks ini dapat beroperasi dengan teratur,” katanya selepas Majlis Penyerahan Pembinaan Sekolah Baharu Kompleks Sekolah Presint 15, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut Aminuddin, kompleks sekolah berkenaan menempatkan blok sekolah menengah, sekolah rendah dan prasekolah.
“Bagi sekolah rendah, terdapat 36 bilik diikuti 42 bilik darjah bagi sekolah menengah dan lima kelas prasekolah.
“Saya (juga) dimaklumkan, sebuah sekolah di Presint 18 dijangka siap tidak lama lagi dan ia juga diharap dapat mengurangkan kepadatan di sekolah sedia ada,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








