BERITA SEMASA

KKM sahkan laman web rasmi digodam, orang ramai diminta elak akses buat sementara waktu

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan laman web rasminya, www.moh.gov.my⁠ telah mengalami insiden penggodaman dan kini sedang mengambil tindakan segera bagi menangani situasi tersebut.

Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan sistem serta memulihkan operasi laman web berkenaan secepat mungkin.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengakses laman web rasmi KKM buat sementara waktu.

“Pengguna juga diminta mengelakkan daripada mengklik sebarang pautan yang mencurigakan atau memuat turun sebarang fail daripada laman tersebut bagi mengelakkan risiko keselamatan siber,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut KKM, semua maklumat kesihatan rasmi akan terus disalurkan menerusi platform media sosial rasmi kementerian sehingga notis lanjut dikeluarkan.

KKM turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan bahawa keselamatan data serta penyampaian perkhidmatan awam kekal menjadi keutamaan pihak kementerian.

Terdahulu tular dalam laman Facebook Pendakwah Teknologi yang memaklumkan laman web KKM telah digodam pada awal pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button