Kilang kayu terbakar 80 peratus di Puchong
PUCHONG – Sebuah kilang kayu di Taman Putra Perdana di sini, musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi dengan operasi pemadaman mengambil masa hampir tiga jam untuk dikawal sepenuhnya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.05 pagi.
Menurut beliau, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba di lokasi 11 minit kemudian iaitu pada pukul 2.16 pagi.
“Operasi berjaya dikawal sebelum api dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 5 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi pemadaman turut mendapat bantuan anggota dari BBP Dengkil, Puchong dan Seri Kembangan.
Katanya, seramai 28 anggota terlibat dalam operasi tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







