BERITA SEMASA

Khemah peniaga pasar malam Taman Semarak dihempap pokok

NILAI – Dua khemah peniaga di tapak pasar malam Taman Semarak di sini dihempap pokok susulan hujan lebat, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Raihan Che Mat berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.54 petang.

“Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati pokok setinggi 30 meter dengan ukuran lilit melebihi 40 hingga 50 sentimeter menimpa gerai sayur dan buah- buahan.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam pada itu, hujan lebat itu turut mengakibatkan beberapa kawasan di pasar mengalami banjir menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai, J. Arul Kumar dalam satu hantaran di Facebook.

Katanya lagi, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya buat masa ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button